Nukilan Buat Amira 👭
Assalamualaikum dan hai!
Buat Nur Izzati Amira Binti Rosni,
Awak,
Satu-satunya kawan saya yang saya panggil dengan panggilan awak,
Terima kasih untuk surat yang saya terima tadi. Tak sangka yang kita akan terpisah dengan cara macam nieh. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Awak kalau free datang la Kuantan. In Shaa Allah, kalau saya free saya datang Bera. Bera dengan Kuantan tak jauh pon 😛
Terima kasih untuk segalanya awak. Terima kasih sebab jadi roommate saya. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya tak kira susah, senang, suka, duka, nangis, ketawa. Terima kasih sebab selalu bangkitkan kembali semangat saya di saat saya hampir putus asa dengan apa yang jadi. Terima kasih sebab jadi kakak kepada saya sepanjang saya di Poli.
Awak, ketahuilah.
Saya beruntung sebab dapat awak sebagai roommate walaupon kita tak pernah rancang untuk satu bilik.
Walaupon awal perkenalan kita tak seindah seperti orang lain tapi takdir Allah satukan kita dalam satu bilik. Yaa, sesungguhnya takdir Allah itu yang terbaik untuk hidup kita dan awak adalah hadiah yang terbaik dalam hidup saya.
Terlalu banyak kenangan yang kita simpan dalam bilik 'kotak' tuh kan awak dan saya takkan dapat lupa semuanyaa.
Saya ingat lagi, saya menangis teresak-esak atas sejadah lepas solat sampai saya marah awak dan kita ada gaduh sikit. Tapi awak pujuk dan peluk saya sampai saya reda daripada menangis dan kita baik semula.
Terima kasih awak sebab tak pernah bosan dan selalu sabar dengan perangai saya.
Terima kasih awak sebab selalu faham saya dan selalu tahu apa yang saya nak.
Terima kasih sebab ada dengan saya di saat saya tiada sesiapa untuk berteman.
Terlalu banyak untuk saya berterima kasih pada awak.
Hanya Allah saje yang mampu membalasnya.
Awak,
Tanpa kita sedar,
Banyak kan yang jadi dekat kita di Poli?
Alhamdulillah, kita dapat harunginya sama-sama.
Semoga kita semakin kuat untuk hadapi ujian yang mendatang.
Di mana awak selalu ada untuk saya, In Shaa Allah, saya pon akan selalu ada untuk awak.
Terima kasih untuk segalanya.
Dan saya mintak maaf andai saya ada buat salah, terkasar bahasa dan buat awak terasa tanpa saya sedar.
Maafkan la saya ye.
Jangan risau, awak tiada salah dengan saya.
Kalau ade pon, saya dah pon maafkan.
Awak, jaga diri.
Take care tau walau kat mana pon awak berada.
Semoga Allah selalu lindungi dan berkati awak serta semoga segala urusan awak dipermudahkan.
Jangan lupa,
Kalau nak kahwin, jemput saya tau 😜
Jangan risau,
Kalau saya kahwin, saya jemput la awak 😘
Sem 1
Sem 4
Sem 5
Sem 1
Sem 2
Sem 3
Awak,
Maaf, gambar berterabur.
Kita memang tak banyak gambar berdua tapi cukup la kenangan yang kita pernah cipta kekal di dalam ingatan.
Saya rindu awak sangat-sangat.
Awak, percayala.
Saya sayang awak sangat-sangat dan kerana Allah! 💘
Sekian,
Roommatemu,
Fathin Aliyah 💓
Ulasan
Catat Ulasan