Farah Fakhira ❤️
Assalamualaikum dan hai!
So, harinieh aku nak cerita pasal seorang yang aku adore daripada dulu (since dia baru je dirikan rumah tangga). Beberapa tahun yang lalu, dia pernah jadi bualan hangat di media sosial kerana bernikah di usia muda. Siapa sangka, kahwin di usia muda yang mempunyai kewangan yang belum stabil kini sudah menjadi salah seorang usahawan muda yang berjaya. Mesti tertanya - tanya siapa kan? Okayy, dia dikenali sebagai Farah Fakhira yang berumur 22 tahun. Muda kan? Dia mendirikan rumah tangga sewaktu umurnya baru saja 19 tahun. So, boleh dikata aku follow dia nieh since 2016 iaitu 3 tahun yang lalu.
Haa, nieh la orangnya! Cantik kan? Waktu dia bernikah , masing - masing masih belajar. Korang mesti boleh bayang la kan macam mana kehidupan diaorang selepas kahwin? Tapi tuh bukan alasan diaorang tak boleh survive tau! Sepanjang pernikahannya, diaorang berusaha macam - macam cara yang membolehkan diaorang hidup senang dan yang penting tak menyusahkan kedua ibu bapa diaorang. Dan sekarang, diaorang dah pon berjaya! Nak tahu perniagaan apa yang diaorang lakukan?
Nieh la produknya, Jus Effira! Jus buah - buahan nieh boleh kuruskan badan, boleh hilangkan jerawat, jeragat dan lain - lain. Bukan itu sahaja perniagaan yang diaorang lakukan, ade lagi tau :) Diaorang pon ade publish buku sendiri tau berdasarkan pengalaman dan kehidupan mereka sendiri. Diaorang publish buku diaorang bawah publisher sendiri iaitu Effira Holdings Sdn Bhd. Aku sendiri follow setiap buku yang mereka publishkan sebab aku minat diaorang la 😄 Aku adore dia bukan saje sebab dia usahawan muda tapi dia juga memberi inspirasi pada aku. Sebelum dia berjaya, macam - macam ujian yang dihadapinya termasuklah kehilangan ibu kandungnya dan ibu mertuanya dan pernah menghadapi kemalangan sampai dia hilang hampir semua hartanya dalam masa yang sama. Dia mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa bagi aku sebab tak semua mampu hadap semua tuh sekali dalam masa yang sama.
Mungkin ade hikmah kenapa Allah takdirkan dia bernikah pada usia yang muda (kata-kata nieh selalu bermain dlm fikiran aku). Siapa sangka, kita tengok dia berjaya tapi kita tak nampak betapa sakitnya dia nak harungi semuanya sampai ke tahap sekarang. Aku akui, dia sangat beruntung sebab dia adalah insan terpilih untuk terima ujian seberat itu. Allahu akbar 😊Setiap manusia mempunyai kekuatan masing-masing. Kita takkan pernah tahu seberapa kuatnya kita sampai kita sendiri yang merasai 😉 Maka, bersyukurlah dengan ujian yang Allah titipkan dalam hidup kita 😘 Btw, korang mesti tertanya - tanya kan siapa suami dia?
Nieh la dia! Dikenali sebagai Effi Aizat suami kepada Farah Fakhira yang berumur 24 tahun. Okayy, aku terangkan sikit je pasal suami dia sebab korang mesti dah bosan kan bace panjang-panjang 😂 Kalau korang nak tahu lebih detail, korang boleh follow ig diaorang berdua. Aku bg kat bawah nieh 👇
@farahfakhira_ (Farah Fakhira)
@effiaizat_ (Effi Aizat)
Sekian,
Fathin Aliyah 💗
Udah cerai yah kak.. Kok bisa yah
BalasPadamJodoh tidak panjang ☺️
Padam